Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) akan mempertingkatkan rondaan dan operasi menerusi Op Khas Pagar Laut, bagi mengawal jenayah rentas sempadan sepanjang musim perayaan Aidilfitri.<br /><br />Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, seramai 2,500 pegawai dan anggota akan digerakkan dalam Op Khas yang bermula 19 April ini.
